Luar Eropah: “Permodenan”
atau “Pembaratan”
Secara umum, pembangunan
ekonomi dan politik di Eropah Barat telah menjadi model atau contoh bagi
pembangunan ekonomi dan politik di negara-negara membangun. Walau bagaimana
pun, terdapat dua proses yang tamoak serupa walaupun sebenarnya tidak sama,
iaitu;
· Permodenan
· Pembaratan
Pemodenan:-
merupakan suatu proses prubahan dalam semua aspek kehidupan melalui proses
perencanaan, pelaksanaan dan penilaian.
Pembaratan:- merupakan suatu proses peniruan gaya hidup
Eropah Barat yang tidak disertai oleh suatu usaha perubahan secara berencana.
Selain itu, pembaratan juga dapat dikatakan sebagai suatu usaha untuk mengubah
gaya hidup lama kepada gaya hidup yang moden tanpa disertai oleh suatu
perencanaan dan pelaksanaan untuk mengubah aspek kehidupan yang lain.
Setelah Perang Dunia Kedua berakhir,
banyak wilayah jajahan termasuk Malaysia telah mencapai kemerdekaan. Dalam
proses kemerdekaan tersebut, negara Eropah Barat menjadi model pilihan utama
sebagai contoh bagi pembentukan negara. Terdapat dua aspek utama yang ditiru
dalam proses kemerdekaan iaitu;
· Aspek politik
· Aspek ekonomi
Aspek politik:-
Dalam aspek politik model negara bangsa dan demokrasi politik telah dipilih
sebagai model pembangunan negara merdeka.
Aspek ekonomi:-Dalam
aspek ekonomi system ekonomi yang berasaskan kapitalisme, industri dan
teknologi telah dipilih sebagai model pembangunan negara merdeka.
Peroses peniruan ini telah berlaku sewaktu penjajahan,
dimana pihak kolonial telah memperkenalkan system pentadbiran dan ekonomi dalam
bentuk terhad. Jadi apabila sesebuah wilayah jajahan telah merdeka system yang
sedia ada akan dilanjutkan dengan sedikit penyesuaian dan mempunyai struktur
baharu namun masih mengekalkan sistem Eropah Barat atau model barat.
Model Eropah Barat pada asasnye dipengaruhi oleh
perspektif modenisasi yang bertitik tolak daripada falsafah evolusi. Perspektif
ini melihat pembangunan sebagai suatu proses yang bersifat sehala atau dalam
erti kata lain dimana negara berkembang daripada peringkat mundur kepada
peringkat maju. Penjelasan tentang pembangunan dibuat dengan membezakan antara
masyarakat tradisional dengan model. Oleh itu, pembangunan akan dapat dicapai
sekiranya nilai dan unsur tradisional digantikan dengan nilai dan unsur moden.
Pembangunan hanya muncul sebagai satu strategi yang
bersifat universal pada era selepas Perang Dunia Kedua setelah negara-negara
baru merdeka bergabung dalam komuniti dunia dan mengejar pembangunan. Oleh
itu,Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) telah menyusun program bantuan
antarabangsa berdasarkan perspektif modenisasi melalui Bank Dunia dan Dana
Kewangan Antarabangsa (International Monetary Fund – IMF).
Lazimnya, pembangunan dalam kalangan negara baharu
sebagai satu proses mengejar pertubuhan yang diterajui oleh negara elit dan
beroperasi dalam konteks negara bangsa. Pembangunan juga dianggap sebagai cara
mengorganisasi atau cara menggalakkan masyarakat untuk berubah. Oleh itu,
pembangunan boleh diertikan sebagai perubahan yang terarah.Perubahan tersebut
mungkin dalam bentuk mengembangkan kepercayaan masyarakat daripada yang
bersifat agama kepada bersifat secular. Seterusnya dalam bentuk pola-pola
sosial mereka contohnya daripada masyrakat luar Bandar kepada masyarakat Bandar
dan akhir sekali dalam erti material contohnya dari segi penggunaan tenaga
haiwan kepada tenaga jentera untuk melaksanakan proses produksi.
Pada Pertengahan abad ke-20 dominasi Eropah Barat telah
berakhir, dunia memasuki ‘zaman peradaban global’. Menurut Barraclough (1978)
ada tiga perkara yang menunjukkan ekonomi dunia telah dijalinkan bersama:
·
Perkembangan sistem
pengangkutan dan jaringan komunikasi yang secara fizikal menghubungkan berbagai-bagai wilayah di dunia. Terutamanya melalui jaringan
kereta api, perkapalan dan telegraf;
·
Pertumbuhan yang begitu
cepat dalam perdagangan yang diiringi oleh pola ketergantungan yang tinggi,
terutamanya antara negara industri Eropah Barat dengan negara-negara lain; dan
·
Pengaliran modal yang besar,
terutama dalam bentuk pelaburan secara langsung oleh firma Eropah Barat di
daerah bukan-industri.
Dalam perkembangan ekonomi golongan kapitalis berperanan
dalam pembangunan ekonomi global. Dimana golongan kapitalis berusaha untuk
mengembangkan dirinya melampaui batas negara dengan cara mengembangkan sistem
pengangkutan dan komunikasi agar dapat menguasai wilayah lain dan berterusan
mengembangkan pasaran ke seluruh dunia. Oleh sebab itu, golongan kapitalis di
anggap sebagai penggerak globilisasi ekonomi kerana mereka telah mewujudkan
institusi-institusi yang khususnya seperti pasaran kewangan pasaran komoditi,
dan perpindahan hak milik harta yang merangsang dan memudahkan pertukaran
ekonomi jarak jauh. Dengan itu, hubungan ekonomi global dapat disempurnakan
dengan proses perdagangan, pelaburan, produksi, pertukaran kewangan, buruh
migrasi, kerjasama organisasi dan ekonomi antarabangsa.
Disamping itu, ekonomi global menjadi lebih lancar dengan
penyertaan negara baharu dalam hubungan politik dan ekonomi antarabangsa
sehingga akhirnya ia dinamakan sebagai globalisasi. Dalam proses globalisasi
terdapat dua aktor yang tidak menggunakan negara bangsa sebagai landasan
kegiatan iaitu;
·
Dalam
bidang politik :actor yang banyak berperanan ialah PBB
yang berusaha menggalakkan proses demokrasi politik berjalan di seluruh dunia.
·
Dalam
bidang ekonomi : actor yang berperanan penting adalah
golongan kapitalis yang membentuk syarikat perbadanan multinasional
(multinational corporations atau MNC)
No comments:
Post a Comment