PERKAMPUNGAN ORANG ASLI SUNGAI SIPUT KG. KENANG
Assalamualaikum dan salam 1 Malaysia sebagai pembuka bicara aku pada hari ini. Pada 12 - 14 April merupakan pengalaman baru dalam hidup aku sebagai manusia di atas muka bumi ini. Dimana aku telah menyertai program Jelajah Didik 1 Malaysia Orang Asli yang telah dianjurkan dibawah kolej Anggerik Uitm Shah Alam. Menjejakkan kaki diperkampungan orang asli adalah satu pengalaman baru dimana aku menjejak kan kaki ku ini kanan dan kiri di perkampungan orang asli. Walaupun aku sudah hidup diatas muka bumi ini selama 21 tahun ini tetapi aku tidak pernah menjejakan kaki kanak dan kiri ku ini di perkampungan orang asli. Aku berasa bersyukur kerana diberi peluang untuk pihak kolej anggerik kerana memberi peluang kepada aku untuk menyertai program yang memberi manfaat kepada golongan muda. perkampungan yang kami masuki adalah kampung kenang yang terletak di sg. siput perak. tujuan program ini diadakan adalah untuk memberi kesedaran kepada anak-anak orang asli untuk belajar hingga ke menara gading. Walaupun mereka serba kekurangan tetapi dengan hajat besar yang kami bawa dari jauh kepada mereka dimana maktlamat kami adalah satu iaitu untuk menyutik semangat belajar diakalangan anak-anak orang asli di kg. kenang itu. Bagi aku program ini adalah satu program yang sangat berguna kepada siwsa- siswi Uitm dalam menyelami dan mendekati budaya dan berkongsi pengalaman kepada kanak-kanak orang asli. Keceriaan dapat dilihat pada muka mereka ketiba kedatangan kami ke kampung itu. Semasa ketibaan kami di kg.kenang aku rasa seronok dan bersa tidak sabar untuk menjayakan program ini. Pada program ini juga kami semua telah diamanahkan oleh pensyarah-pensyarah untuk menjaga adik angkat yang telah mereka beri kepada kami. Pada masa itu aku telah diamanahkan untuk menjadi abang angkat kepada FAZLEE seorang pelajar darjah 6 sekolah kenang yang sangat ceria tetapi pemalu. macam mana itu?? dah ceria tetapi pemalu. heee.
Pada keesokan harinya iaitu 13 April 2013, pelbagai aktiviti telah dirancang oleh pihak pengurusan kepada kami pelajar-pelajar uitm dan anak-anak orang asli. Seawal 6 pagi kami telah dikerahkan bangun untuk menunaikan solat subuh bersama-sama adik sekolah kenang. Sangat liat untuk kami semua bangun pada pagi itu. Tetapi dengan semangat untuk mendidik mereka kami bangun juga untuk bersembahyang bersama mereka. Alhamdulillah semua berjalan lancar pada upacara sembahyang subuh. Dengan rasa kesejukakan kami berjalan menuju ke asrama kami semula sambil memimpin tangan adik-adik angkat masing-masing. Jam menunjukkan pukol 7.30am diamana semua pelajar berpusu-pusu ke tandas untuk membersihkan diri sebelom berkumpul di dewan pada pukol 8.00am. Selepas semua selesai membersihkan diri kami semua berkumpul dia dewan makan untuk bersarapan pagi. Pada pagi itu kami di beri dua tugasan dimana yang pertama ada gotong-royong bersama-sama orang kampung dan yang kedua adalah mendidik. Aku pada masa itu telah memilih untuk melakukan gotong royong bersama-sama orang kampung sg, kenang. Setelah selesai gotong royong aku bergerak ke dewan makan semula dengan peserta-peserta lain untuk menjamu juadah minum pagi yang telah disediakan oleh mereka. Setelah selesai berminum pagi aku bergerak ke kelas bersama 2 rakan aku yang bernam erol, dan faidzhi untuk mendidik anak-anak orang asli. Setibanya kami dikelas itu, alagkah terkejutnya kami dengan kelincahan anak-anak orang asli ini. Ini merupakan satu cabaran bagi kami sebagai seorang pendidik untuk mengawal mereka. pelabagai aktiviti telah kami lakukan bersama-sama mereka. Alhamdulillah segalanya berjalan dengan lancar dan berjaya. Dari pemerhatian aku mereka ini mempunyai potensi untuk pergi jauh tetapi disebabkan kurang pendekatan kepada mereka dan sikap ibu bapa mereka yang tidak berapa kisah dengan pendidikan anak-anak mereka telah mendorong mereka untuk belajar. Pada pukol 2.00pm merupakan upacara perasmian yang telah di rasmikan oleh DATO DOLLAH. Pada belah petang dalam pukol 5 kami telah mengadakan sukan neka bersama anak-anak orang asli dan penduduk-penduduk kampung kenang. sangat meriah suasana pada petang itu dengan sorakan yang tak putus-putus yang telah mereka berikan kepada setiap ahli kumpulan. Pada malam harinya pula kami telah mengadakan malam kebudayaan dimana terdapat pelbagai tarian kebudayaan yang telah dipertontonkan kepada kami. Wakil dari pihak kami dimana kami telah menyediakan satu nanyian dikir barat kepada penduduk- penduduk kampung dan satu persembahan akustik yang telah dipersembahkan oleh peserta lelaki uitm.Disamping itu terdapat juga pertandingan karaoke yang kami anjurkan bagi merancakkan suasana pada malam itu. Alhamdulillah sambutan pada malam itu sangat memberangsangkan dari penduduk-penduduk kampung. Pelbagai bakat dapat dilihat pada malam itu. Pada pukol 12 malam melaburkan tirainya. semua pelajar dengan keletihan melangkah masuk ke bilik masing-masing.
Pada 14 April, merupakan hari terakhir kami di kampung kenang. Pada hari itu aktiviti kami adalah berjalan sejauh berapa batu entah untuk sampai ke air terjun. Fuhh sangat jauh perjalanan untuk sampai ke kawasan air terjun. Kenderaan yang kami guna untuk sampai di kawasan air terjun adalah sepasang kaki kami. Dengan cuaca yang panas di atas kepala kami ia sangat mencabar kami untuk sampai ke kawasan air terjun. Setelah satu jam perjalan kamai dari tempat penginapan kami akhirnya kami sampai dikawasan air terjun. Setelah sampainya kami dikawasan air terjun mata kami terpegun melihat keindahan air terjun di kawasan itu.
jadi apa lagi seblom membasahkan diri kami picture adalah perkara penting sebagai kenangan. Setelah selesainya kami merendamkan diri kami selama 1 jam 30 minit kami pun beransur pulang ke tempat penginapan. Sekali lagi kami terpaksa berjalan kaki untuk sampai ketempat penginapan kami. Alahamdulillah selepas 1 Jam kami berjalan kaki akhirnya kami sampai juga di tempat penginapan kami. Setelah itu, kami diarah bersiap dan mengemas semua barang kami untuk berangkat pulang ke Shah Alam. Sekian.
x